Friday, November 20, 2009

Setiap Kesusahan Pasti Ada Ganjarannya

Susahnya nak paham PSM aku ni...naik pening kepala aku dibuatnya...

Tetapi berpegang dengan pepatah melayu...

"Berenang-renang kehulu, bermudik kemuara... Bersusah-susahlah dahulu...Kesenangan nanti pasti tiba"...

pepatah melayu yang dah diubah...hehehe...tapi stil pepatah melayu sebab bahasa melayu...

Aku akan siapkan juga sedaya mungkin PSM ni...Aku akan teruskan...akan teruskan..

Thursday, November 12, 2009

Bilakah Umur yang sesuai mendidik anak2 perempuan MEMAKAI Tudung (Jilbab)?

Hari ini saya ingin mengajukan solan kepada viewers blog ni... Harap ada respon n komen dari anda semua. Pada umur berapakah ibu bapa wajar menyuruh anak2 perempuannya memakai tudung kepala (Jilbab)? Yang boleh mendidik anaknya menutup aurat pada masa dewasanya? harap komen dari viewers semua.

~naka~

Tuesday, November 10, 2009

Mari Bercakna

Salam sejahtera...
Rakan2... Mari lah bercakna isu2 semasa dan isu2 permasalahan UMP.
Kita boleh melawati blog YDP MPP UMP. http://siffusuffi.blogspot.com/
Saje nak ajak korang mengomen post2 si YDP tu.
Sb xsemua berpemikiran serupa.
mungkin dia salah...mungkin kita...
So...mari bercakna.

~naka~

Thursday, September 3, 2009

Salam Ramadhan

Salam... dah lama aku x update blog ni. entah la...rasa malas. kadang2 rasa cam xde pape yang aku buat dgn blog ni. cam xde makna dan xde paedah pape pn blog aku yg sgt xbez ni. em..ni saja je taip sikit...walaupn dah abis 10hari ramadhan...aku nk ucap gak..selamat berpuasa. em..masih tinggal 2 sesi.. lbh kurang 20hari lg...tingkatkan amal... tagih rahmat Allah. aku bukan pesan kat korang je... sbnrnye lbh kepada aku.. aku ingatkan pada diri sendiri yg bayak khilaf ni. k lah...cukup la sekadar coretan ringkas. wassalam...

Monday, July 6, 2009

Merempat

Masalah merempit sudah kerap kali kita dengar...tp baru2 ni kita dgr satu lagi isu baru...bukan merempit..tp merempat...huhu..kepada kengkawan aku yang terpaksa merempat..sabar la ye...sempati..simpati...moga masalah ni cepat selesai. aaminnnn

Sunday, June 7, 2009

Seorang pemimpin yang dikagumi.

Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang melahirkan pemimpin yang lain. Saya hari ni malas nak tulis bayak2. Tapi aku bagi satu contoh je la. Seorang pemimpin yang hebat. Imam As-syahid Hassan Al-Banna. Walaupun beliau ditembah mati...namun..ia tidak mati. Malah semangat juangnya semasa hidup telah membangkitkan insan lain. Malah ramai pemimpin2 lahir dengan berjiwa hassan al-banna. Camne kisah hidup pemimpin hebat ini?
Baca lah,
Detik-Detik Hidup Hassan Al-Banna.

Tuesday, June 2, 2009

Mahasiswa

Siswa membawa erti penuntut universiti. Mahasiswa diberi mungkin kerana penghormatan masyarakat kepada golongan pelajar universiti yang digolongkan sebagai generasi cerdik pandai. Namun, persoalannya...sejauh manakah mahasiswa kini menyedari peraanan mereka dalam masyarakat? dan..apakah sifat yang perlu ada pada diri mereka? Wahai mahasiswa...persiapkan dirimu....

Wanita = Madu ATAU Racun?

Tajuk post hari ni dengar agak HOT. Tajuk post hari ni hasil cadangan si sayurpucuk member aku. Ok..kita masuk perbincangan topik hari ini.
Question: Wanita = Madu ATAU Racun?
Answer:
a) Wanita itu MADU kepada lelaki. Hanya dan hanya jika (ayat matematik -> kebarangkalian)...huhu..ops...sambung2...hanya dan hanya jika:
1. Dia yakni wanita itu isteri kepada lelaki tersebut.
2. Dia wanita yang bergelar isteri solehah yang taat.
3. Dia wanita yang lembut tutur kata
4. Dia wanita yang sopan dan beradab dalam tingkah laku.
5. Dia wanita yang menutupi diri dengan selendang MALU yang bertempat.
6. Dia wanita yang berhias cantik hanya untuk tatapan suami tercinta
7. Dia wanita yang sentiasa memberi semangat dan sokongan padu kepada suami.
8. Dia wanita yang menghormati orang tua.
9. Dia wanita yang didalamnya tersimpan beribu kasih...berjuta sayang.
10.Dia....wanita yang ku cari masih tak ku temui.

b) Wanita itu RACUN kepada lelaki. Dia..dan dia lah orangnya :
1. Wanita yang tidak menghargai kasih sayang yang diberi
2. Wanita yang menginginkan ramai lelaki memandangnya
3. Wanita yang berhias semata2 ingin dipuji dan dipandang ramai lelaki.
4. Wanita yang tidak menjaga hak2 suaminya.
5. Wanita yang tidak beradab dalam perlakuan dan pemakaian.
6. Wanita yang bakal mengheret lelaki yang bergelar suami, anak, abang, dan adik
ke dalam neraka yang apinya panas sambar membakar.
7. Wanita yang tidak menjadi semangat...malah peruntuh semangat si suami.
8. Wanita yang mementingkan harta melebihi kasih sayang.
9. Wanita yang diluarnya cantik...didalamnya (hati) buruk...
10.Wanita yang aku harap dia BUKAN DAN BUKAN milikku.


edited by sayurpucuk.


~naka~

Saturday, May 30, 2009

Malas~~~

Salam ukhwah kepada para pembaca.
Satu penyakit telah datang pada saya. Ya..seperti tajuk diatas...malas... penyakit yang saya maksudkan adalah malas. Malas adalah salah satu penyakit yang paling popular yang seringkali menjangkiti manusia.

NAMA PENYAKIT: Malas

JENIS/KUMPULAN PENYAKIT: Mentalliti/ Perasaan

KESAN2 ATAU TANDA2 DIJANGKITI:
#Lemah2 sendi
#Rasa tidak cergas
#Rasa berat nak solat
#Selesa tidur yang panjang
#Cepat bosan
#Cepat berputus-asa

PUNCA PENYAKIT:
#Tidur terlalu lama
#Makan berlebihan
#Kurang sesi muhasabah diri
#Terlalu memanjakan diri
#Tidak menghayati erti JIHAD
#Tiada perancangan harian
#Menangguhkan kerja

LANGKAH2 MEMERANGI PENYAKIT MALAS:
#Paksa diri bangun Subuh...mandi sunat, berwuduk, dan tunaikan solat subuh.
#Buat apa2 kerja selepas solat subuh....jangan tidur balik...buat la sarapan.
#Ambil sarapan pagi...lebih baik memulakan dengan kurma.
#Mulakan hari anda dengan perkara yang baik. Pergi hadapan cermin..senyum dan beri kata2 semangat kepada diri sendiri.
#Keluar rumah/bilik dengan memohon doa kepada Allah dipermudahkan setiap urusan.
#Jangan makan berlebihan ketika lunch....kang mengantuk...makan ketika lapar..berhenti sebelum kenyang. Nabi ada bersabda "setiap penyakit bermula dari perut". So..jaga perut anda...jangan makan berlebihan dan jangan makan makanan haram.
#Jaga waktu solat. Solat berjemaah mengikut kajian sainstifik menyatakan boleh meneutralkan cas pada tubuh manusia dan boleh mengembalikan kecergasan. So...cuba usaha solat berjemaah.
#Bahagikan masa anda dengan berkesan. Biar ada masa kita bekerja or study, ada masa kita beriadah dan bersenam, ada masa kita menziarahi sahabat handai,ada masa kita menyiapkan tugasan, dan yang penting...disetiap masa yang diluangkan...jagan abaikan apa kehendak agama. kenapa??? em..kerana agama adalah semangat yang paling penting dan penawar paling mujarab menyelamatkan kita dari penyakit Malas.

BAGAIMANA MEMPERTAHANKAN KEKEBALAN KEPADA PENYAKIT MALAS?:
#Pastikan anda mengamalkan rahsia ISTIQAMAH
#Cuba dapatkan Solat Tahajjud
#Amalkan solat taubat sebelum tidur
#Paling penting anda tahu bila anda diserang penyakit malas dan anta tahu apa patut anda buat....so..JIHAD!!!!

****saya menulis post kali ini semata-mata ingin memerangi penyakit MALAS yang sangat mencengkam lubuk hati saya. Ia sangat melemahkan...malah hingga melemahkan setiap urat saraf..melumpuhkan setiap sendi...membelenggu diri..mematikan hatiku dari terus beribadah sedang hati itu akan kita mempersembahkan kepada Tuan Punya Milik diri ini (ALLAH). Moga kalian juga mendapat manfaat. moga dengan post yang serba kekurangan ini menyedarkan saya untuk terus bermujahadah melawan nafsu.

~naka~

Friday, May 29, 2009

Some to share-download

aku malas 2 3 ari ni nk up-date blog...malas nk taip. em...jd untuk tidak menyepi terlalu lama...jadi aku post 1 share kt korang.. lagu mawaddah... Luruskan hatiku tajuk lagunye. download la..best gak..

Untuk download klik disini -Mawaddah-Luruskan hatiku

Monday, May 25, 2009

Tahun Depan PM boleh dipecat...

Artikel ni saya ambil dari blog perakdaily.com....menarik untuk dibaca... isu yang hangat dan patut kita baca untuk tambah pengetahuan. Ni bukan tulisan orang yang pakai hentam keromo je..ni tulisan peguam tau...profesional. selamat membaca..

~naka~


SEKARANG PM PUN BOLEH DIPECAT OLEH AGONG

May 23, 2009 ·

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Peguam Hanipa Maidin

Thursday, May 21, 2009

Bloger List yang aku letak dalam blog aku

Salam...huhu... Kadang2 korang tak tertanya ke kenapa ada blog2 yang dimasukkan ke dalam list blog seseorang tu?

Hari ni aku nk cerita sebab musabab kenapa aku masukkan nama blog2 seseorang tu dalam list blog aku "Geng n Friends"

1. http://pucukgajus.blogspot.com/ (SaYuR PuCuK)
-ni blog member aku yang sangat berminat dengan isu semasa dan kesihatan...So boleh la member2 baca blog dia kalau aku masukkan dalam blog aku...aku harap dia rajin2 la update blog..apa la hang ni sayur pucuk...menghilang je keje.. apa ke hey nye yop?

2. http://becexpertcrew.blogspot.com/ (BeC Crewz Ltd)
-ni blog BeC (pelajar2 BEC06). Handle by Ijal yang kemah ngat.. huhu... Banyak maklumat aktiviti pelajar BEC yang di post kt sini. malah link keje pun di link kan oleh ijal kat Bec Crewz Ltd ni. Harap BEC yang lawat blog aku boleh bagi sokongan ke blog kite tu. pembaca lain boleh je nk tgk2 ukhwah BEC ni.... kami ni bersatu...

3. http://vemmagirl.blogspot.com/ (Sihat & $$$ Tambahan)
-Ni kawan lama aku... memang lama tol kami kenal. Sekarang dia ni kuat berbisnes... aku just nk tolong dia...sape2 yang minat bisnes boleh la tgk2 blog dia k.

4. http://nade3rah.blogspot.com/ (nade3rah)
-ni blog adik aku yang nakal...haha..siap mak dia cakap aku snyum ndn dia snyum nampak lebih kurang...hahaha.. macam2...enjoy gak baca post dia ni.

5. http://fadzriazali.blogspot.com/ (lopat_tikae)
-ni member aku..tak sangka aku ayat dia agak sastera gak.. so aku letak la kt blog aku tanpa pengetahuan dia..hahaha...

6. http://durratulimtinan.blogspot.com/ (~DuRaTuL imTiNaN~)
-ni blog member aku. Duduk 1 negeri ngn aku. dulu matrix aku. sekarang sama kelas ngn aku. Aku suka baca blog dia. boleh baca hal2 agama dalam blog dia. tak la wat keje sia2 sgt. Sebab semangat dia berdakwah melalui blog..so aku support dengan cara masukkan dalam blog aku. mana tau ada manfaat kepada pembaca. 'teruskan post yang best2...'

7. http://nurpemelihara.blogspot.com/ (sirrul qalbi)
-actually aku tak kenal siapa tuan empunya blog ni. aku just jumpa semasa tgk blog Duratul imtinan. Tp bila baca blog dia..cam agak berguna cam blog duratul imtinan gak..ayat pun slamber...best gak. lagipun dia xbayak lagi followers so aku follow blog dia sebagai semagat dia update selalu blog. sebab aku selalu buka baca setiap blog yg aku letak kat blog aku ni.

8. http://hanacraxie.blogspot.com/ (HaNaCraXie's)
-ni member kelas aku yang sporting...selamber...cite die boleh tahan... banyak tol cite..so boring2 memang best baca blog dia...

9. http://salmanrazeni.blogspot.com/ (PURNAMA JALAN JIHAD)
-ni semua budak UMP sepatutnya kenal member aku ni. Dia ni antara orang 1st aku kenal kat UMP time awal2 masuk U dulu. Post2 member aku ni mmg berguna la. baca la. promote cket...hahaha

10. http://empoweringhearts.blogspot.com/ (Waking Up)
-ni aku kenal...tapi aku masukkan blog dia kat blog aku secara senyap2...

11. http://blog.husni-ump.info/ (Chronicles of Husni-UMP)
-ni member aku yang bijak. Dia nye result exam mmg hebat. sebagai melayu dan Islam..aku berbangga dengan dia. Moga dia sentiasa berjaya.

12. http://mintmeanmeen.blogspot.com/ (BiTterSwEet PePpErMiNt)
-ni member kelas aku. Blog dia banyak berkisar tentag pengalaman dia. cm diary la gak.

13. http://orangpangkor.blogspot.com/ (Cherita Berita Gembira)
-ni memberr EEES. Geng2 aku yang mantap cam husni gak... banyak information dalam blog dia.

Sunday, May 17, 2009

Sakitnya Mujahadah

mawaddah lyric-sakitnya bermujahadah

aduh sakitnya mujahadah
ia meletihkan menyusah dan menjemukan
tuhan kerna kau ku lakukan juga
walaupun payah ku terus lakukannya

Dalam susah ku teruskan juga
Dalam jemu ku paksa juga diriku
Ku cuba melawan perasaan itu
Ku yakin dengan rahmatmu engkau kan bantu

engkau sebenarnya mahu melihat ku
bersungguh mujahadah ataupun tidak
engkau sebenarnya hendak menguji diri ini
setelah bersungguh tanpa jemu engkau kan bantu

setelah berlaku keseluruhan itu
engkau pasti akan tunjukkan jalan
jalanmu yang lurus jalan kebenaran
bantulah ku bermujahadah oh tuhan

agar aku percaya bermujahadah keranamu
supaya engkau bentang jalan kebenaran
agar aku menempuhnya ke jalan keselamatan
agar aku berjaya menempuhnya jalan kesenangan

engkau sebenarnya mahu melihat ku
bersungguh mujahadah ataupun tidak
engkau sebenarnya hendak menguji diri ini
setelah bersungguh tanpa jemu engkau kan bantu.

************************************************************************************
nak mp3 nasyid mawaddah? em...tunggu la kalau saya rajin upload nanti saya kongsi...

~naka~

Saturday, May 16, 2009

News Summary 17/5/2009

Selsema Burung

1-Satu lagi kes H1N1
PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) semalam selepas seorang pelajar perempuan yang pulang dari Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Pelajar berusia awal 20-an itu adalah rakan kepada pelajar lelaki berusia 21 tahun yang disahkan mangsa pertama virus itu, dan kedua-duanya menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 yang sama dari AS.

2-PM mahu kawalan diperketatkan
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu pemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk negara, terutama penerbangan dari Amerika Syarikat dan negara lain yang dilanda wabak Influenza A (H1N1) diperketatkan.

Beliau berkata, Malaysia perlu mengambil tindakan yang sangat rapi bagi mengekang serangan penyakit itu daripada menular ke dalam negara.

Katanya, pemeriksaan rapi itu perlu kerana mereka yang tiba dari negara yang dilanda wabak itu mungkin menghidap penyakit itu tanpa diketahui mereka.
************************************************************************************

Sukan

1-Manchester United memenangi kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris 2008-09

LONDON: Manchester United memenangi kejuaraan bola sepak Liga Perdana Inggeris 2008-09 berbekalkan keputusan seri 0-0 menentang Arsenal di Old Trafford, semalam.

United kini mempunyai 87 mata dengan baki satu perlawanan manakala kelab tangga kedua, Liverpool, yang turun menentang West Bromwich Albion hari ini mempunyai 80 mata.

***********************************************************************************

Dunia

1. Amarika Musuh Sekolah Agama
PESHAWAR: Seramai 12 orang terbunuh termasuk dua disyaki militan asing dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat terhadap sebuah sekolah agama di kubu kuat al-Qaeda di barat laut Pakistan, disusuli dengan satu letupan bom di tengah kota Peshawar menyebabkan 10 terbunuh dan 25 lagi cedera, semalam.

Serangan itu dilakukan ketika tentera Pakistan bersedia menyerang puak Taliban di Lembah Swat selepaas sejuta penduduk lari ke kawasan selamat berpunca daripada serangan tentera kerajaan terhadap militan itu.

Pegawai Pakistan berkata, serangan kena tepat terhadap sekolah agama itu dan kenderaan di Mir Ali, bandar di wilayah Waziristan Utara.

************************************************************************************

baca...dan pikir la....

~naka~

Janganlah Berputus Asa

Salam....Wahai ikhwan sakalian...

Dalam menempuhi kehidupan yang penuh cabaran dan rintangan...
Di dalam perjuangan...
tidak kira apa jenis perjuangan itu.
Kita sering diuji.
Apa yang dihajati dan diidamkan belum tentu adalah milik kita.
Ada yang tercapai, dan ada yang terkandas di tengah jalan.
Tapi jangan lah berputus asa.
Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Janganlah kamu berputus asa dengan nikmat Allah.."

Oleh itu, bagunlah...
Padukan semangat baru..
Langkahlah segagah mujahid di Jalan Jihad...
Bergantung haraplah kepada Nya..
Yang Maha Perkasa pasti membantu...
Selagi harapan dan doa kita mohon pada Yang Satu.

Bagi ikhwan yang masih study...
~nakayamin~ nasihatkan jangan lah putus asa.
Study rajin2 na...

Hati

Sabda Rasulullah S.A.W

Ketahuilah dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging, Jika ia baik, maka baiklah pulalah seluruh tubuh. Dan jika ia rosak, maka rosak pulalah seluruh tubuhnya. Ketahuilah ia itu adalah HATI. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Thursday, May 14, 2009

5years Back ..~tagged By adik aku yang nakal~

1. What were you doing 5years back?

5years back? bermakna waktu tu tahun 2004 kan?
Pada tahun 2004 aku masih di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka di tingkatan 5 Sains1.
Waktu tu aku memengang profile Ketua Pengawas dan ketua pelajar. cheewahh...bangga la pulak. Pada tahun tersebut, kami telah memecah rekod sekolah dengan menjunamkan result percubaan SPM. Jahat tol kami. Siap Pengetua sekolah cakap dia nak letak jawatan kalau result tak dibaiki. Kes berat ni. huhu...Tapi akhirnya atas usaha kami, berjaya juga kami membuktikan kehebatan kami. sekali lagi memecah rekod sekolah. kami sebangai perintis(orang pertama) ke Kolej Matrikulasi.
Takhta pelajar terbaik sekolah (kelas sains):-
1. Mohd Yusuf (Mat Chop)
2. Mohd Azliyamin (aku la ~nakayamin~)
3. Zahra (zara)
4.Zulfahmi (big Show)
Pada tahun 2004 juga aku telah mendapat anugerah Tokoh Ko-kurikulum dan mendapat Pingat Kepimpinan Dato' Sabri. Zaman sekolah zaman menarik dan happy.

2. What are 5things in my list today
-buat assignment EMT
-baca 1muka alQuran
-mem update blog
-buka puasa dengan akhi-akhi
-melepak n gebang dengan kawan2.

3. What are the 5 snacks you enjoyed munching?
-kepok goreng
-maruku bonda goreng
-keropok bawang bonda buat
-kepok leko
-music

4. 5things you did if tuned to bilionaire?
-bagi duit untuk bonda dan abah ke mekah
-buat geran tanah yang tergendala kat kampung
-beli tanah dan buat perusahaan
-bahagi sebahagian duit untuk agama Islam dan orang miskin
-Melabur untuk tambah duit

5. 5 persons I wanna tag!
-Mr Saha
-Mis HanaBEC
-Mis Vimmagirl
-Mr HusniBEE
-Mr PangkorBEE

Tuesday, May 12, 2009

7 secrets of Success

Good news....I get 'A' in Leadership subject....Thanks God...Alhamdulillah... Ok..today i want to share 7secrets of success. I get this from Leadership class mini seminar that presented by Husni, Hafizi, Nazrul, Haziman, Chan, Zulkarnain, Razaqi, Tan and Ng.


7Secrets Of Success......


I found the answers in my room.

Roof said: Aim high
Fan said: Be cool
Clock said: Every min. is precious
Mirror said: Reflect before you act
Window said: See the world
Calender said: Be up-to-date
Door said: Push hand to achieve your goals




So...weakup! make yourself success... We can do it and we also can success....IF WE WANT....


~naka~

Monday, May 11, 2009

Some news abaout Perak

1. PM bersedia bekerjasama dengan Pembangkang

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan parti pembangkang untuk menamatkan kemelut politik di Perak, tetapi ia tidak bermakna BN bersetuju membentuk kerajaan campuran.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata kerjasama itu lebih menjurus dalam konteks pentadbiran negara dan kedua-dua pihak saling hormat-menghormati serta sentiasa mematuhi undang-undang.

"Kerjasama tidak semestinya bererti kita buat kerajaan campuran, tidak semestinya bentuk itu, ia boleh dalam pelbagai bentuk, yang penting sekali saling hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Kelompok Cawangan Umno Bahagian Pekan di sini, semalam.

Najib mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, kelmarin yang bersedia mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.


Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen dan Ketua Umno bahagian Pekan, berkata BN bersikap terbuka dan tidak mahu kekacauan di Perak berterusan.

"Kita mahu berkhidmat untuk rakyat semua kaum dan ini yang kita tekankan. Sebenarnya kalau kita semua ikut peraturan dan menghormati undang-undang, tidak ada kemelut.

"Tetapi apabila masing-masing nak menegakkan benang yang basah... itu yang jadi masalah seperti mana kita lihat pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini. Saya harap perkara ini tidak berulang lagi," katanya.

Mengenai keputusan Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) memecat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah kerana didakwa terbabit dalam politik wang, Najib berkata, beliau akan mengulas selepas mendapat laporan lengkap.

"Saya pun tahu selepas membaca akhbar," katanya yang enggan mengulas mengenai kedudukan Murugiah dalam Kabinet.

Kelmarin, Presiden PPP, Datuk M Kayveas, berkata pemecatan Murugiah yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti itu, berkuat kuasa selepas pemilihan PPP pada 7 Jun depan.

Di TAIPING, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berharap Kit Siang jujur dan sedia menerangkan perkara sebenar yang menyebabkan kekecohan sidang DUN, Khamis lalu.

"Kit Siang tidak seharusnya bermain sentimen politik keterlaluan. Kit Siang mesti bersikap jujur dan menerangkan sesuatu yang benar dalam pertemuan dengan Perdana Menteri jika mahu mencari penyelesaian yang baik," katanya.

Zambry turut kecewa dengan laporan beberapa media yang mengelirukan berhubung isu kekecohan sidang DUN Perak.


2. Pas menyokong cadangan Perdana Menteri

KOTA BAHARU: Pas menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk bekerjasama dengan parti pembangkang dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa, berkata itu adalah antara langkah terbaik bagi mengelakkan kekeliruan rakyat dalam menangani isu berkenaan.

"Pas menyokong saranan Perdana Menteri itu dan ini adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di Perak dan diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Najib mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sebelum itu yang telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak. - Bernama



3. Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah


DATUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraikan kemenangan bersama penyokongnya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.


Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.


Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.



**
komen dari aku...huhu..nak gak komen2...
1. PM, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan sikap yang positive dan matang sebagai PM dalam menghadapi kemelut di Perak.

2. Pihak Pas juga tidak mementingkan diri walaupun berita kemenangan Dato' Sri Nizar sebagai MB perak yang sah. Malah Pas lebih pentingkan Pembangunan Perak dan keselesaan rakyat.

3. Tahniah kepada Dato' Sri Nizar kerana sah sebagai MB Perak. Yang benar pasti menang. Pemimpin yang baik pasti disokong oleh rakyat. Lepas ni Dato' sri Nizar pasti menghadapi bayak masalah untuk membagunkan Perak yang sudah kucar kacir.. Diharap pemimpin harapan rakyat perak ini mampu memperbaiki keadaan Perak. aaminnn...

4. Aku tak banyak masa nak tulis banyak2 sekarang... lain kali la kita bercakna minda.. huhu... nak wat assginment.

salam muhibbah....

~naka~

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu


Semalam aku dah bagi ucapan selamat hari ibu kepada mak tersayang yang berada jauh di kedah. Sebenarnye hari ibu adalah tiap2 hari..tapi kita rai kan satu hari yang special supaya mak rasa lebih gembira.
I Love U bonda....

~naka~

Contoh Penyata Kewangan

Seperti yang aku janjikan sebelum ini.. di sini aku sertakan satu gambar sebagai contoh membuat penyata kewangan yang paling simple. Sori sebab tak berapa jelas. Untuk korang belajar lebih terperinci pasal penyata kewangan ni aku syorkan korang layari laman www.pakdi.my

Kata2 Yang Ku Pilih

Waktu update blog ni...aku delete semua yang lama termasuk kata2 kat header... so aku tukar kata-katanya. ia hasil nurkilan sendiri. maksudnya biarlah pembaca yang mentafsirkannya.

Ketika mentari mula menyinar...aku bagun menuju ke arah cahaya...Kerdilnya aku sebagai manusia...
Mengapa harus aku mendabik dada sedang kepala akan ku rendahkan sebagai seorang hamba kepada Ilahi. Namun ku yakin Sang Perkasa pasti membantu selagi kuberserah kepadaNya. lalu..Sederap kaki ku melangkah, luas dunia ku pandang, seulas senyum ku beri menghadap cabaran yang menanti.

~naka~

Tips Kewangan

Duit oh Duit.....

Dalam era materialistik kini...duit adalah antara element yang amat diambil perhatian serius oleh setiap individu berakal. Tapi malangnya ramai orang kecundang dalam pengurusan kewangan mereka...termasuklah aku...Memandangkan masalah yang aku hadapi ini...dan kebanyakan orang alami juga..maka aku pun cuba mencari ilmu tentang pengurusan kewangan melalui sumber2 di internet.

So sebagai perkongsin..aku post kan ilmu yang aku cari and aku baru dapat ni. Ok...Bila sebut je pengurusan kewangan..pasti ia ada kaitan dengan debit, credit, aset, leabiliti...ahh...bila cakap pasal istilah2 ni wat kita malas nak mendalami..rase susah je kan?? em...tak pe..tak pe...aku cerita yang paling simple.

1st...Yang paling penting dalam pengurusan kewangan adalah pengawalan aliran wang tunai. Camne caranya? Ok..cara nye mudah saja...korang just perlukan kertas kosong dan pen. Tulis kan pendapatan korang dan sebelah lagi tulis perbelanjaan korang (rekod perbelanjaan lebih bagus dibuat setiap hari..baru lebih berkesan). Untuk kira aliran wang tunai...korang tolak (-) pendapatan dengan pebelanjaan.

Aliran Tunai = Pendapatan - Perbelanjaan

Kalau hasil tolak tersebut adalah positive...korang dikira selamat. kalau hasilnya adalah negative..maka nasihat aku...baik korang belajar2 berjimat (potong perbelanjaan yang tak penting) atau berusaha menambah pendapatan (income) sampingan. *jagan ngada2 join Skip Cepat Kaya lak.

Perkara kedua yang penting dalam pengurusan kewangan adalah budaya menabung. Menabung dengar cam senang je kan..tapi ramai yang tak boleh menabung gara-gara nafsu diri sendiri... hihi... So tips yang saya boleh bagi...cuba simpan jumlah yang kecil dahulu. Tapi jadikan duit itu sebagai duit yang tak disentuh. simpan duit tu di tempat yang lebih tersorok. Jangan guna duit tersebut. tiap2 hari simpan 50sen jadi sebulan..RM0.50 x 30 = RM15... jadi kalau setahun dah dapat RM180...tu kalau 50sen 1hari..tak kan le tak leh simpan...ye tak?

Tips yang ketiga...yang ni tips penting yang selalu orang lupa...BERKAT... Ya..cari lah duit dengan cara yang bertepatan dengan syariat agama..InsyaAllah berkat... Moga dengan keberkatan..duit kita mencukupi dan tidak perlu meminta-minta kepada makhluk.

Doa yang bagus untuk diamalkan
"Ya Allah...Tuhan Pemberi Rezeki....Murahkanlah rezekiku..lapangkan lah dadaku...Cukupkanlah keperluanku supaya aku tidak meminta kepada makhluk....mudahkan lah urusan ku dunia dan akhirat"

selamat beramal...

**tp:
-nanti bila2 aku post gambar cmne nak wat aliran tunai tu k....


~naka~

Saturday, May 9, 2009

Start with the begining

Assalamualaikum dan Salam sejahtera para pembaca...
Aku dah delete post-post aku yang lepas. Aku tak berpuas hati dengan semua post tersebut.
Rasa tak tersusun. Malah tah pape yang aku post kn kt blog ni.
Aku baca pn naik meluat. Dua tiga hari, minggu, n bulan yang lepas ni hidup aku haru biru sikit.
So aku akan isi blog ni dengan the 1st thing 1st. Aku akan cuba kongsi apa-apa je untuk para pembaca membacanya. Selamat membaca n..bagi la komen untuk penambah baikan. tQ.

-naka-