Sunday, June 7, 2009

Seorang pemimpin yang dikagumi.

Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang melahirkan pemimpin yang lain. Saya hari ni malas nak tulis bayak2. Tapi aku bagi satu contoh je la. Seorang pemimpin yang hebat. Imam As-syahid Hassan Al-Banna. Walaupun beliau ditembah mati...namun..ia tidak mati. Malah semangat juangnya semasa hidup telah membangkitkan insan lain. Malah ramai pemimpin2 lahir dengan berjiwa hassan al-banna. Camne kisah hidup pemimpin hebat ini?
Baca lah,
Detik-Detik Hidup Hassan Al-Banna.

Tuesday, June 2, 2009

Mahasiswa

Siswa membawa erti penuntut universiti. Mahasiswa diberi mungkin kerana penghormatan masyarakat kepada golongan pelajar universiti yang digolongkan sebagai generasi cerdik pandai. Namun, persoalannya...sejauh manakah mahasiswa kini menyedari peraanan mereka dalam masyarakat? dan..apakah sifat yang perlu ada pada diri mereka? Wahai mahasiswa...persiapkan dirimu....

Wanita = Madu ATAU Racun?

Tajuk post hari ni dengar agak HOT. Tajuk post hari ni hasil cadangan si sayurpucuk member aku. Ok..kita masuk perbincangan topik hari ini.
Question: Wanita = Madu ATAU Racun?
Answer:
a) Wanita itu MADU kepada lelaki. Hanya dan hanya jika (ayat matematik -> kebarangkalian)...huhu..ops...sambung2...hanya dan hanya jika:
1. Dia yakni wanita itu isteri kepada lelaki tersebut.
2. Dia wanita yang bergelar isteri solehah yang taat.
3. Dia wanita yang lembut tutur kata
4. Dia wanita yang sopan dan beradab dalam tingkah laku.
5. Dia wanita yang menutupi diri dengan selendang MALU yang bertempat.
6. Dia wanita yang berhias cantik hanya untuk tatapan suami tercinta
7. Dia wanita yang sentiasa memberi semangat dan sokongan padu kepada suami.
8. Dia wanita yang menghormati orang tua.
9. Dia wanita yang didalamnya tersimpan beribu kasih...berjuta sayang.
10.Dia....wanita yang ku cari masih tak ku temui.

b) Wanita itu RACUN kepada lelaki. Dia..dan dia lah orangnya :
1. Wanita yang tidak menghargai kasih sayang yang diberi
2. Wanita yang menginginkan ramai lelaki memandangnya
3. Wanita yang berhias semata2 ingin dipuji dan dipandang ramai lelaki.
4. Wanita yang tidak menjaga hak2 suaminya.
5. Wanita yang tidak beradab dalam perlakuan dan pemakaian.
6. Wanita yang bakal mengheret lelaki yang bergelar suami, anak, abang, dan adik
ke dalam neraka yang apinya panas sambar membakar.
7. Wanita yang tidak menjadi semangat...malah peruntuh semangat si suami.
8. Wanita yang mementingkan harta melebihi kasih sayang.
9. Wanita yang diluarnya cantik...didalamnya (hati) buruk...
10.Wanita yang aku harap dia BUKAN DAN BUKAN milikku.


edited by sayurpucuk.


~naka~