Thursday, February 25, 2010

Maulud Nabi

Maulud atau bahasa moden sekarang sebut bufday... Maulidurrasul adalah satu sambutan yang diraikan dalam islam sebagai cara untuk meningkatkan atau menambahdalamkan rasa cinta ummat kepada Baginda Rasullullah bersempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Tahun ini tahun yang agak istimewa pada amatan saya... adakah anda semua sedar sesuatu? tak berapa pasti?

ok...mari kita mengimbas serba sedikit peristiwa tahun ni. Saya gemar memulakan pemerhatian ini bermula dari perayaan hari raya aidilfitri. ok...kita merayakan hari raya aidilfitri..pastu raya haji..pastu sambutan tahun baru hijriah..then tahun baru masihi... berlaku gerhana bulan..berlaku gerhana matahari.. dan sekarang maulidurrasul... apa kaitannya?

Kaitannya...hari hari tersebut jatuh pada HARI JUMAAT. Selepas ni apa pula peristiwa pada HARI JUMAAT? Semuanya dalam kotak fikiran kita.. cuma bagaimana diadaptasi dan ditafsirkan oleh neuron neuron yang unit yang telah dicipta oleh Sang Pencipta yang terdapat pada setiap otak manusia.

Selamat Maulidurrasul... Bertindaklah seperti mana yang kita rasakan wajar bagi menghadapi HARI JUMAAT yang akan datang. Dan terselamatlah si dia yang mengikut jejak langkah dan contoh pedoman seorang manusia suci yang diutuskan Allah seketika dulu di dunia..iaitu MUHAMMAD BIN ABDULLAH. SELAWAT DAN SALAM KEATAS PENGHULU BESAR KAMI, NABI MUHAMMAD S.A.W. moga artikel ringkas ini membawa kebaikan keatas diriku dan diri pembaca. aaminnn..