Saturday, May 30, 2009

Malas~~~

Salam ukhwah kepada para pembaca.
Satu penyakit telah datang pada saya. Ya..seperti tajuk diatas...malas... penyakit yang saya maksudkan adalah malas. Malas adalah salah satu penyakit yang paling popular yang seringkali menjangkiti manusia.

NAMA PENYAKIT: Malas

JENIS/KUMPULAN PENYAKIT: Mentalliti/ Perasaan

KESAN2 ATAU TANDA2 DIJANGKITI:
#Lemah2 sendi
#Rasa tidak cergas
#Rasa berat nak solat
#Selesa tidur yang panjang
#Cepat bosan
#Cepat berputus-asa

PUNCA PENYAKIT:
#Tidur terlalu lama
#Makan berlebihan
#Kurang sesi muhasabah diri
#Terlalu memanjakan diri
#Tidak menghayati erti JIHAD
#Tiada perancangan harian
#Menangguhkan kerja

LANGKAH2 MEMERANGI PENYAKIT MALAS:
#Paksa diri bangun Subuh...mandi sunat, berwuduk, dan tunaikan solat subuh.
#Buat apa2 kerja selepas solat subuh....jangan tidur balik...buat la sarapan.
#Ambil sarapan pagi...lebih baik memulakan dengan kurma.
#Mulakan hari anda dengan perkara yang baik. Pergi hadapan cermin..senyum dan beri kata2 semangat kepada diri sendiri.
#Keluar rumah/bilik dengan memohon doa kepada Allah dipermudahkan setiap urusan.
#Jangan makan berlebihan ketika lunch....kang mengantuk...makan ketika lapar..berhenti sebelum kenyang. Nabi ada bersabda "setiap penyakit bermula dari perut". So..jaga perut anda...jangan makan berlebihan dan jangan makan makanan haram.
#Jaga waktu solat. Solat berjemaah mengikut kajian sainstifik menyatakan boleh meneutralkan cas pada tubuh manusia dan boleh mengembalikan kecergasan. So...cuba usaha solat berjemaah.
#Bahagikan masa anda dengan berkesan. Biar ada masa kita bekerja or study, ada masa kita beriadah dan bersenam, ada masa kita menziarahi sahabat handai,ada masa kita menyiapkan tugasan, dan yang penting...disetiap masa yang diluangkan...jagan abaikan apa kehendak agama. kenapa??? em..kerana agama adalah semangat yang paling penting dan penawar paling mujarab menyelamatkan kita dari penyakit Malas.

BAGAIMANA MEMPERTAHANKAN KEKEBALAN KEPADA PENYAKIT MALAS?:
#Pastikan anda mengamalkan rahsia ISTIQAMAH
#Cuba dapatkan Solat Tahajjud
#Amalkan solat taubat sebelum tidur
#Paling penting anda tahu bila anda diserang penyakit malas dan anta tahu apa patut anda buat....so..JIHAD!!!!

****saya menulis post kali ini semata-mata ingin memerangi penyakit MALAS yang sangat mencengkam lubuk hati saya. Ia sangat melemahkan...malah hingga melemahkan setiap urat saraf..melumpuhkan setiap sendi...membelenggu diri..mematikan hatiku dari terus beribadah sedang hati itu akan kita mempersembahkan kepada Tuan Punya Milik diri ini (ALLAH). Moga kalian juga mendapat manfaat. moga dengan post yang serba kekurangan ini menyedarkan saya untuk terus bermujahadah melawan nafsu.

~naka~

No comments:

Post a Comment